Setiap nafas aku teringkatkan Mu
Sunday, November 7, 2010
Rindu
Setiap nafas aku teringkatkan Mu
Friday, November 5, 2010
Landasan Perjalananku
Melangkah aku ke ruang itu membawa aku ke lembah baru
Munkin ini jalan untuk aku berubah menjadi insan yang berguna
Hati ada terselit rasa curiga dengan jalan yang membawa aku
Tapi jasad aku tergerak dengan sendiri kerana ingin ke sana
Perubahan yang munkin akan merubah seluruh kehidupan aku
Adakalanya jiwa ini terseksa kerana harus meninggalkan Nya
Meninggalkan rutin harian yang terkadang menyeksa aku
Jasad ini tidak mampu bertahan dan ingin perubahan kepada yang lebih baik
Walaupun jalan ini menuju kejayaan tapi dugaan di jalan ini semestinya berat
Ada suara-suara halus yang mengoda aku untuk kembali ke jalan lama
Dengan semangat yang jitu lagi kokoh aku gagahi jua
Kerana manisNya akan aku rasa setelah pahitNya aku telan
Thursday, November 4, 2010
Buat Sang Kekasih
Pabila hati kecil ku berbicara segalanya menjadi tidak keruan
Kau datang tanpa ku duga kau datang memberi seri pada hidupku
Ku ingin melamar Mu tetapi ku takut ini hanyalah khayalan nafsu ku
Tiada niatku untuk menyeksa batin Mu
Memang sudah berkurun hati ini terpaut pada Mu
Bukan kerana paras Mu bukan juga pada harta milik Mu
Tapi dari sopan dan santun Mu yang menengelamkan ku di alam rindu
Ku tidak mahu mencurah janji di daun keladi
Kerana tidak sanggup ku melihat permata yang berharga menitis kerana kekecewaan
Munkin terlalu awal ingin ku melamar Mu sebagai teman hidup ku
Tetapi jika waktu dan ketika ini kau ditakdirkan untuk ku apakan daya untuk ku menolaknya
Sesungguhnya Dia lebih mengetahui melalui perancanganNya…
Ilham
Terjaga aku dari lena untuk meneruskan usaha yang selama ini aku usahakan
Tiap detik tiap ketika aku memerah seluruh kudratku hanya untuk mencapai impian itu
Tersungkur aku dek kerana asyik memikirkan impian itu sehingga lupa akan tujuan utama aku
Berlari ke hujung dan ke hilir hanyalah untuk mendapatkan kepastian yang sentiasa menjadi persoalan
Persoalan yang akhirnya akan menjadi pengangan hidup dan keyakinan untuk aku berdiri dengan sendiri
Berdiri dengan sendiri bukan kerana diri tetapi dengan sendiri
Ada makna disebalik makna
Lafaskan jika perlu
Luahkan jika terpaksa
Kerana itulah jalan mencari...
Lidah adalah senjata ampuh yang dimiliki oleh sekelian mahluk
Ia boleh menyembuhkan dan menyeksakan
Tanpanya kita kesunyian
Tanpanya kita kesakitan
Tanpanya juga kita mencapai ketenangan
Gunakanlah ia dengan sebaiknya
Kerana sesungguhnya terdapat kebaikan dan keburukan padanya