Apakah perasaan ini
Mengapakah ia datang lagi
Bukan ku pinta untuk kau menjengah di pintu hatiku
Kerana perasaan ku sudah pun dimiliki oleh Nya
Ku pinta agar kau tidak menganggu ku lagi
Tak ingin untuk aku menduakan Nya lagi
CUKUP hanya sekali
Tidak akan ku kembali pada Mu
Kerana Kau telah membawa ku jauh dari Nya
Ku tak mampu untuk menanggung rindu lagi
Kerana Nya nafas ku
Kerana Nya daya ku
Kerana Nya kata-kata ku
Kerana Nya hanya lah Ku
Biar pun harus Ku tunggu Ku tegar menunggu Nya
Biar pun kau menggoda Ku akan Ku menepis sedaya munkin
Kerana bersama Nya Ku merasakan KELAZATANYA
Hanya kerana Nya aku BANGUN dan kerana Nya aku TIDUR
Inilah cinta yang Ku cari selama ini
Cinta yang tidak mengenal erti letih
Cinta yang tidak mengenal erti bosan
Cinta yang tidak mengenal erti dusta
Inilah CINTA dari Sang Pencinta
Inilah CINTA yang telah lama dilupakan
Inilah CINTA yang rindu akan PencintaNya
INILAH CINTA YANG HAKIKI...
No comments:
Post a Comment