Pages

Saturday, October 30, 2010

Datang mu tidak diundang

Oh...Kenapa kau meraba hatiku lagi
Tidak! aku tidak merelakan kau menodai ku...
CUKUP ku x sanggup menanggung dosa pabila bersama Mu lagi
Tapi tak terdaya aku bertarung dengan Mu
Setiap kali bersama Mu kegairahan ku makin mengila
Dan setiap itu jugalah kau membuat ku lupa pada Nya
Apakah yang perlu ku lakukan
Tiada daya dan upaya Ku hanyalah dari Nya
Setiap kali aku berdepan dengan Mu jiwaku berbolak balik
Apakah ini tandanya ku telah menduakan Nya
Tidak! Ku tidak sanggup !
Ampunilah KU yang hina lagi doif ini
Berbekal ilmu dan iman Ku harungi jua badai yang melanda jiwa yang lara ini
Kerana kecintaan Ku pada Nya bukan hanya di bibir sahaja
Kerana cinta ini bukan cinta biasa

Friday, October 29, 2010

Kalam Cinta





Apakah perasaan ini
Mengapakah ia datang lagi
Bukan ku pinta untuk kau menjengah di pintu hatiku
Kerana perasaan ku sudah pun dimiliki oleh Nya

Ku pinta agar kau tidak menganggu ku lagi
Tak ingin untuk aku menduakan Nya lagi
CUKUP hanya sekali
Tidak akan ku kembali pada Mu
Kerana Kau telah membawa ku jauh dari Nya
Ku tak mampu untuk menanggung rindu lagi

Kerana Nya nafas ku
Kerana Nya daya ku
Kerana Nya kata-kata ku
Kerana Nya hanya lah Ku

Biar pun harus Ku tunggu Ku tegar menunggu Nya
Biar pun kau menggoda Ku akan Ku menepis sedaya munkin
Kerana bersama Nya Ku merasakan KELAZATANYA
Hanya kerana Nya aku BANGUN dan kerana Nya aku TIDUR
Inilah cinta yang Ku cari selama ini

Cinta yang tidak mengenal erti letih
Cinta yang tidak mengenal erti bosan
Cinta yang tidak mengenal erti dusta

Inilah CINTA dari Sang Pencinta
Inilah CINTA yang telah lama dilupakan
Inilah CINTA yang rindu akan PencintaNya
INILAH CINTA YANG HAKIKI...