Pages

Sunday, May 23, 2010

Coretan Pt1

Tuk posting nie aku x tau nak classkan apa benda nie syair, sajak, pantun atau mak ton bantai jer, aku dapat ilham nie time tengah jawab exam hehe....

Hayatilah dan komenlah:

Aku mencari ketenangan di dalam kekalutan,
Aku mencari keamanan di dalam kehuruharaan,
Aku mencari kegembiraan di dalam kesedihan,

Pabila aku tersenyum itu tandanya aku berduka,
Pabila aku menangis itu tandanya aku gembira,

Setiap hari aku menghitung akan hari kematian aku,
Saban hari aku menanti detik-detik itu,
Tetapi seruan itu tidak juga kunjung tiba,

Aku tidak mengerti apa yang aku lakukan sekarang,
Samada betul atau salah,
Dalam hidup ini bukan pahala atau dosa yang aku pinta,
Tetapi hanya cinta darinya sahaja sudah cukup membuatkan aku tenang,

Hati ini masih sedih, hati ini masih sayu,
Dan diri ini sentiasa hina dipandangannya,

Sebagai salik aku masih tidak ketemu sinarNya lagi,

Lagi dalam aku mendalami ilmunya dan semakin ingin aku memahamiNya,
Semakin GILA dibuatnya aku......

Wednesday, May 19, 2010

Warkah dariku

Diterima dari seorang sahabat:

sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadamu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadamu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini

suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargai maulidur rasul
apatah lagi mengingatimu dengan penuh rasa kerinduan


namun...
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banayk menangis kerana-mu ya rasulullah
ya Allah...aku cukup merinduinya ...

sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatmu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku

bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padamu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah

ya Allah....
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini....
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini...
akanku peluk dan dakap dirimu...
serta menangis dalam dakapanmu....

inginku menatap wajah dan senyumanmu...
dan berjalan-jalan bersamamu..
alangkah indahnya saat itu ....
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu
namun aku sedar ...
aku berada di akhir zaman...
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar...
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar mu yg engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu dirimu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya

bantulah aku...
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat darimu
kerana aku tahu...amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit...

alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi...tapi...
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat "kesedaran" ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah

akhir kata....
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
....amiiiinnn.....

salam rindu dan sayang dariku

Thursday, May 13, 2010

Sahabat


Setiap kali Aku memikirkan tentang Nya,
Hatiku pasti tersentuh pada agamaMu,
Berikanlah Ku teman sepertiNya,
Agar dapat membimbingKu kejalanMu,
Aku berterima kasih padaMu,
Kerana mempertemukan aku denganNya,
Semoga persahabatan ini kekal dan diredhai oleh Mu,
Amin...

Thursday, May 6, 2010

Teman


Aku hidup kerana Mu,
Aku sedih kerana Mu,
Aku gembira kerana Mu,
Semuanya yang aku rasa hanyalah untuk Mu,

Tetapi kadang kala hati ini meronta2,
Kerana inginkan teman,
Teman seperjuangan, teman hidup, teman berbicara,
Kadang kala kehidupan sepi aku ini membuatkan aku terasa sunyi,
Bukan mengeluh tapi aku inginkan seorang teman yang memahami apa yang aku rasa,

Munkin masa belum sesuai untuk aku bertemu pada yang sesuai,
Munkin ketabahan mengajar aku erti kesabaran,
Pada saat dan ketika ini hanya Tuhan yang tahu apa yang aku tanggung,
Apa pun aku bersyukur kerana mempunyai teman yang abadi dan cinta aku kepadanya mankin mekar,

Aku harap aku akan bertemu teman yang sejati, sekufu, dan diredhoinya...amin...